Sunday, September 7, 2008

Malaysia 2080

Suatu malam masa cuti sekolsh bulan 8, dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang dari Mersing dan Ulu Bendul ke rumah, Papa tanya aku - "sekarang ini tahun 2008, adam agak dalam tahun 2080 keadaan Malaysia macamana?"

Ini jawapan aku kepada Papa:

Masa tu Malaysia ada 80 juta penduduk; 24 juta cina, 9 juta india, 25 juta indonesia dan selebihnya bumiputra. Perdana menteri pada waktu tu ialah orang dari Sabah atau Sarawak atau Seremban atau Indonesia..
Lebuhraya dah takde lampu jalan. kereta dah boleh terbang. kapal terbang masih macam tu cuma kemudahan airport telah sangat maju. pokok-pokok banyak takde. haiwan liar pun takde, haiwan yang ada cuma haiwan yang digunakan sebagai makanan macam ayam yang dijual di supermarket.
Kedai-kedai dah jadi besar, beasar macam tesco dan carefour. takde lagi kedai-kedai runcit kecil, restoran pun besar macam tesco..

Banyak kerja mesin dan robot buat, banyak benda dah berubah, tapi doa tak ubah, doa orang yang baca robot takleh baca doa sebab dia takde agama, agama tak tukar, agama cina pun tak tukar..

No comments: